Saturday 28 May 2011

ULAMAK PAS DAN PETUNJUK SKANDAL SEKS ANWAR IBRAHIM

PAS PERLU SIASAT ANWAR 

Nakhaie Ahmad

Al kisah ramai yang dok gelisah pasal kes liwat dan video seks Anwar Ibrahim.  Yang mana satu benar kerana Anwar ada penyokong, ahli parlimem, penasihat parti PKR. Sebab itu bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata,  sekiranya Pas tak mahu terima   siasatan polis, pendakwaan di mahkamah serta sumpah laknat  Shazryl Eskay Abdullah dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, parti itu terutama golongan ulama perlu melakukan siasatan untuk mencari kebenaran. Siasatan itu perlu dilakukan demi keadilan kepada golongan ulama, profesional dan penyokong Pas yang mendokong cara kepimpinan menurut lunas Islam. Seseorang pemimpin bukan sahaja perlu bersih tetapi terpelihara daripada tohmahan dan dalam kes ini, Pas perlu menyiasat sendiri, bukannya  menerima tohmohan itu secara membuta tuli  atau tohmohan secara membuta tuli demi menjaga kredibiliti Anwar.

Isim: Orang Pas masih mencari petunjuk. 

 

PEJABAT PKR NAK KENA LELONG

PAS bersama Anwar Ibrahim dan pengikut PKR sering mengadakan sembahyang hajat untuk mencari kebenaran dan pentunjuk daripada Allah berkenaan apa yang dikatakan fitnah dari BN. Kes liwat dan pendedahan video seks cukap membuat Anwar Ibrahim gelisah. Jadi dengan sembahyang hajat yang membawa pengertian untuk memohon sesuatu atau menolak sesuatu yang tidak dingingi. Maka pentunjuk dari Allah semakin jelas apabila selepas kes liwat Saiful, timbul pula pendedahan kes video seks dengan  wanita Cina, kemudian terbaru pejabat PKR di Petaling Jaya mahu dilelong. Semua ini pentunjuk. Adakah ini ulamak-ulamak dalam PAS masih belum jelas indikasi yang Allah sudah beri. Banyak sekali indikasi tentang Anwar yang boleh diambil untuk menunjukkan bahawa kejadian kepada Anwar ini ada benarnya. 

Isim: Suka tengok Anwar marah-marah macam Rajinikanth.

1 comment:

  1. Casinos Near Casinos and Casinos Near Harrah's Casino, MI
    A map 오산 출장샵 showing casinos 여수 출장샵 and other gaming facilities located near Harrah's Casino in 양산 출장샵 casinos located near Harrah's 안동 출장마사지 Casino in Michigan. 남양주 출장안마

    ReplyDelete