Saturday 25 June 2011

JOHARI ABDUL LAKSANA ULAT MEMBANGUN RUMAH

BERPUNCA DARI SAIFUL
Inilah dikatakan terlalu taksub, terlalu cenderung yang terlalu besar kepada Anwar Ibrahim hingga jiwa mereka semakin cenderung  kepada apa yang yang diinginkan itu.
Johari Abdul: Mengulas video seks Anwar.

Betapa mereka akan membuat apa saja untuk mempertahankan pemimpin yang ditabalkan oleh Wan Azizah sebagai anugerah tuhan. Laksana ulat yang membangunkan rumah, namun mereka tidak akan merasai nikmatnya. Orang lain akan dapat. Musuh orang Melayu dan Islam sentiasa menanti dan melihat keruntuhan kerajaan Melayu kali kedua setelah Melaka. 

Inilah padahnya apabila mereka hilang tujuan perjuangan dari benak mereka. Kalau mereka faham sudah tentu mereka akan buat kajian secara lebih matang dan menyerahkan kepada yang profesional membuat keputusan. Betapa banyaknya orang yang masih tidak dapat menerima realiti, dan tidak mahu faham dari sejarah.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan di dalam ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-57, beliau menyatakan klip video yang membabitkan manusia yang ditabal isterinya sendiri sebagai anugerah tuhan tidak boleh dijadikan bukti kerana dia tidak ada telinga. Tak ada mata, macam besi”. Bukan sebagai bahan bukti.
Saiful: Apakah orang berdahi hitam yang begitu tekun berdoa pada  Allah perlu kita meragui cakapnya.
Johari Abdul telah mengeluarkan video khusus menjadi perantara mengulas layak sebagai pakar seperti dua pakar yang telah mengesahkan ketulinan dan identiti pelaku iaitu Professor Hany Farid dan Assoc. Professor Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, AS.Menangkis dakwaan pro-pembangkang tersebut sehinggakan tiada yang mampu untuk menjawab. Maksudnya, dakwaan tersebut adalah tipu belaka.http://www.youtube.com/watch?v=zMm4bancOg4&feature=player_embedded
 

Johari Abdul mendakwa bahawa gambar sengaja dihitam putihkan supaya wajah jadi samar-samar. Johari Abdul mendakwa bahawa 'susuk badan pelakon jauh berbeza' dengan Anwar Ibrahim. Apakah Johari Abdul pernah melihat badan Anwar Ibrahim tanpa pakaian sebelum ini? Jika belum, boleh percaya ka dengan andaian itu? 

Dari semua apa yang terjadi adakah berpunca dari Saiful. Doanya Saiful telah dimakmbulkan oleh Allah. Kata Saiful dalam blognya: http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com “Kesempatan dan peluang berada di tanah suci saya gunakan dengan secukup-cukupnya untuk beribadah, berdoa dan memohon pada Allah SWT. Antara tempat-tempat mustajab yang saya berpeluang untuk berdoa; Wukuf di Arafah, Mina, Makam Rasulullah, Raudah, Multazam, Rukun Yamani, Gua Hira' Jabal Nur dan banyak lagi.

Antara doa yang dipohon; agar terus diberi kekuatan untuk Istiqamah dalam menegakkan kebenaran, diampuni dosa-dosa, kesejahteraan dan keselamatan keluarga, agama, umat, bangsa dan tanah air tercinta. Juga, mohon rakyat dibukakan Hijjab agar diperlihatkan yang HAQ dan dilenyapkan segala yang batil!

Sudah dua tahun setengah saya menanti agar Kebenaran dan Keadilan dapat ditegakkan. Walaupun ia belum lagi selesai, namun saya redha dan bersyukur dengan segala bantuan yang Allah berikan. Banyak hikmah disebalik kelewatan, penangguhan demi penangguhan. Mungkin ramai yang telah dapat lihat hikmah disebaliknya. Itulah kebesaran Allah. Dia Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. 

Saya tidak mempunyai apa-apa kekuatan, kuasa, pengaruh, wang untuk berjuang, hanya Allah SWT tempat saya mohon dan mengadu. Walaubagaimanapun, saya akan terus berdoa, istiqamah dan bersabar, tidak sesekali saya akan menyerah kalah! Kebenaran pasti akan bangkit jua akhirnya.” Itulah harapan Saiful.
ISIM: Kena simaklah kepada orang yang pernah lalai, kena cermat agar kita tidak  terkena akibat perbuatan kita sendiri. Semua sudah ada isyarat dan petunjuk.

No comments:

Post a Comment